Tuesday, December 23, 2008

CALIFORNIA GRILL - KEBANGGAN TERKINI INTAKE 32





Sekalung tahniah buat Ybhg Dato' Azmi, Cardigan Quest dengan perasmian California Grill milik baliau di One Borneo, Kota Kinabalu Sabah baru-baru ini. Kejayaan ini merupakan kebanggaan bagi setiap skot Intake 32 ini.

Pada tanggal 18 Disember 2008 yang lepas, Presiden Intake 32 Ybhg Dato' Azis Salam telah meluangkan masa bersama keluarga bagi melawat serta menikmati hidangan bertaraf anntarabangsa di California Grill ketika lawatan/percutian beliau ke Negeri Di Bawah Bayu ini.

Ternyata, California Grill sememangnya sebuah restoran yang hebat dengan menyajikan pelbagai hidangan barat dengan harga yang amat berpatutan. Yang membanggakan lagi, jenama California Grill ini adalah hasil/ilham asal daripada Ybhg Dato' Azmi sendiri. Kami doakan semoga California Grill akan menjadi sebuah rangkaian restoran yang terkenal di masa hadapan, Amin.